Petikan dari suratkhabar kosmo;
Rezeki barisan 22 pemain yang membawa Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 pada 29 Disember lalu terus bertambah.
Semalam, kesemua 22 pemain itu serta ketua jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menerima RM50,000 setiap seorang daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai ganjaran menjulang trofi terunggul Asia Tenggara itu buat kali pertama selepas 14 tahun.
Ganjaran tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pada satu majlis khas yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Best kan...bestnya bila dapat ganjaran tuh..:) Tapi tu la, mana boleh dapat ganjaran tanpa usaha dan kesungguhan kan..nak main sukan apa pun, kena ikhlas dan sungguh-sungguh..kena pastikan berjaya dulu, baru dapat ganjaran..:)
Harap mereka-mereka yang terima imbuhan dan ganjaran ni tak lupa diri..Mainla bola betul-betul eh..Harapan rakyat Malaysia tinggi ni..termasuklah aku..hahaha..
*Bayangkan, tetiba aku boleh ter'ambik' tau pulak pasal liga super malaysia..kan ke pelik tuh..selama ni tak heran langsung..apa kes?...*
No comments:
Post a Comment