Salam,
Entah kenapa kebelakangan ni aku rasa lain macam je..Dah 7 tahun kawin macam-macam yang aku alami..turun naik dalam kehidupan, itu adalah adat berumahtangga..
Post mortem ni bukannya khas untuk mayat-mayat je..selalu kan kalau orang mati nak cari punca kematian, kena buat post mortem..Sama jugak kalau kita buat sebarang majlis atau program, habis je majlis or program tu, terus ada mesyuarat post mortem. Nak cari kekurangan atau kelebihan sepanjang perjalanan majlis..
Yang aku lak nak post mortem pasal dah 7 tahun kawin, tapi rasanya belum penah nak buat post mortem betul-betul..means berbincang secara menyeluruh..Post mortem tu kiranya macam g honeymoon ke kan..Nak pegi tu kalau boleh biarlah 2 orang je..(walaupun sebenarnya kan, tak sampai hati pun nak tinggalkan anak-anak..)
Setakat keluar 2 orang pegi nengok wayang tu biasalah..ni nak pegi luar dari tempat biasa..mencari ketenangan (selain dari solat la kan..)
Mungkin ada orang kata, "eh, tak payahlah..bincang kat umah je sudah lah.." Tapi sebenarnya tak boleh..bincang kat umah lain..Tapi keluar berdua dengan suami lain..
Lately ni aku rasa perangai aku semacam..Cepat sangat naik angin, senang kata baran la..mungkin orang luar tak perasan..sama je macam kawan ofis aku tak perasan pun, semua pun nampak macam aku ok je..tapi sebenarnya aku memang berangin..entah sejak bila perangai ni hinggap kat diri pun aku tak tau..salah sikit je, start la....So, aku perlukan perubahan..huhu
Terus terang aku dah bosan..Bosan dengan life..Bosan dengan semua perkara..That's why i need more space, more time, more and more and more.......
Buat masa sekarang aku follow the flow..Akan datang tak tau lah...Aku cuma harap keadaan aku akan ok dan pulih....
No comments:
Post a Comment