Salam,
TEKA-TEKI mengenai hasrat penyerang skuad Liga Super Selangor, Mohd. Safee Mohd. Sali untuk beraksi di luar negara akhirnya terjawab. Penyerang berusia 27 tahun itu sah akan beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya bermula pada 14 Februari ini.
Pengumuman berhubung perkara itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad pada satu sidang media di Wisma FAS, Kelana Jaya semalam.
Menurut Mokhtar, selain Pelita Jaya, pihak FAS telah menerima tiga lagi tawaran daripada kelab Indonesia yang turut menyatakan hasrat mereka mendapatkan khidmat Safee.
Bagaimanapun, pihak FAS telah memutuskan untuk menerima tawaran yang dibuat oleh Pelita Jaya kerana menganggap ia adalah yang terbaik.
“Kami (FAS) tidak menggunakan mana-mana ejen. FAS sendiri bertindak sebagai ejen kepada Safee.
“Disebabkan Datuk Hamidin Mohd. Amin (Setiausaha Agung FAS) mempunyai hubungan yang erat dengan pegawai bola sepak di Indonesia, segala rundingan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.
Jelas Hamidin, pihak FAS dan Pelita Jaya telah bersetuju untuk tidak mendedahkan nilai perpindahan dan jumlah gaji yang bakal diterima oleh Safee.
“Apa yang saya boleh katakan adalah Safee akan mengikat kontrak selama setahun bersama Pelita Jaya iaitu sehingga 31 Januari 2012.
“Namun, mengikut syarat yang telah ditetapkan, Safee perlu kembali beraksi bersama Selangor sebaik sahaja kontraknya tamat kelak.
Sumber : Kosmo
* Selangor akan kehilangan pemain dan penyerang yang berbakat, tapi Safee mungkin dah fikirkan yang terbaik untuk dirinya..Tak kisahlah, mungkin dia nak tukar angin...kita doakan je dia berjaya di tempat baru...*
No comments:
Post a Comment