Sebab kita masih lagi di musim raya, jadi masing2 sekarang sibuk nak buat majlis rumah terbuka..Ok, kita semak adab2 mengadakan rumah terbuka;
1. Niat kerana Allah s.w.t. di atas nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada kita iaitu nikmat keamanan, kesihatan, nikmat umur, rezeki serta anak-anak.
2. Pastikan jamuan yang kita hidangkan kepada tetamu kita adalah dari sumber yang halal.
3.Tetamu undangan ke rumah kita mestilah tidak ada perbezaan sama ada kaya atau miskin orang berpangkat atau orang yang tidak ada pangkat.
4. Tidak melakukan pembaziran kerana pembaziran adalah amalan syaitan.
5. Bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada jiran tetangga atau sahabat handai di atas kekayaan atau kelebihan kita.
No comments:
Post a Comment