Sunday, September 05, 2010

Membazir tu kan amalan syaitan..

Salam,

KUALA LUMPUR: Sisa makanan cecah 9,000 tan sehari! Itulah gambaran sikap membazir rakyat Malaysia yang semakin kerap berbelanja mewah membeli makanan terutama untuk berbuka puasa dan juadah Aidilfitri tetapi akhirnya dihumban dalam tong sampah.

Sikap membazir membuang sisa makanan ketara di kawasan bandar berbanding penduduk di pedalaman atau kampung yang banyak mengitar semula makanan tidak habis dengan memberikannya kepada ternakan seperti ayam dan itik.
Daripada anggaran 20,000 tan sisa pepejal dibuang setiap hari, 45 peratus adalah sisa makanan, 24 peratus (4,800 tan) plastik, tujuh peratus (1,400 tan) kertas, enam peratus (1,200 tan) bahan logam, tiga peratus (600 tan) kaca dan lain-lain.


Sumber: Berita Minggu -5/9/10




Kesimpulannya;
Berbelanjalah seadanya..nak2 lagi waktu nak buka puasa ngan nak raya nanti ni..kalau nak beli makanan tu agak2 la, jangan sampai terlebih,..sama jugak kalau kita masak, nengok2 bilangan orang tu..biarlah seadanya..sian kat makanan tu..bila dah tak abis nanti, senang2 nak buang dalam tong sampah..
Lagi kesian bila kita nengok orang2 yang susah nak dapat makanan, tapi kita yang senang ni, suka2 buang makanan..fikir2kanlah.....






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...