KUALA LIPIS: Hasrat seorang bapa berhijrah dari Kuala Krai, Kelantan untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur bersama anak berusia tiga bulan tidak kesampaian, apabila bayi itu mati akibat tercekik susu, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Mohd Zainuddin Md Yusof dikatakan memangku anaknya, Mohamad Ayub selepas diberi susu ketika dalam perjalanan dengan kereta api dari Manik Urai, Kuala Krai ke ibu negara.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata sebaik tiba di Stesen Kuala Lipis, beberapa penumpang berdekatan menyedari keadaan mangsa yang kelihatan kaku lalu memaklumkan kepada bapanya.
Katanya, bapa mangsa yang terkejut selepas menyedari perubahan anaknya, kemudian segera meminta bantuan orang awam menghantarnya ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.
“Hasil pemeriksaan di HKL, doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika berada dalam kereta api akibat tercekik susu,” katanya.
Abdul Razak berkata, siasatan awal mendapati, mangsa diberi minum susu botol ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sambil dipangku bapanya sebelum kedua-duanya tertidur.
“Siasatan polis mengesahkan kejadian itu tidak membabitkan unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, jenazah mangsa sudah dituntut oleh bapanya selepas bedah siasat dijalankan di HKL untuk dikebumikan.
Kes yang cam gini la kalau boleh nak dielakkan...tapi selalu terjadi..tak sampai seminggu ni dah 2 kes baby mati sebab tersedak susu..
Aku pun tak la pandai sangat, tapi time budak2 baby, mak selalu tegur ngan pantau aku apa yang patut dan tak patut buat..
Kalau lepas time menyusu memang WAJIB 'brrrppp' -sendawakan baby..tapi berapa ramai yang buat?
Mungkin ada yang tak buat kot..ada yang fikir remeh je..
Aku pun awal2 tak sabar gak, tepuk banyak kali tapi tak sendawa2, tapi kenalah sabar..
Nak2 lagi kalau hantar taska kan, kena tawakal je lah..cam aku..ingat tak takut ke? pengasuh jaga dah tentulah lain ngan diri sendiri yang jaga kan..so kenalah berhati2..
So far, pengasuh budak2 ok...mintak2lah dijauhkan dari perkara2 yang tak diingini...
No comments:
Post a Comment