Tuesday, September 21, 2010

Sangatlah dramanya...

Salam,

Malam tadi zarif telah menaikkan darah aku ke tahap hampir maksimum...sangat pandai berdrama..
Semalam kan 1st day naik sekolah,takder lah dia meragam sangat..molek je perangai dia pergi sekolah walaupun agak lambat siap..

Tiba2 malam tadi dia boleh lak buat perangai..merengek2 tak nak pergi sekolah tadika, nak duduk kat taska je..lepas tu siap tanya kenapa kena g sekolah lepas cuti lama? 
Drama dia bersambung lagi bila kata raya kan 30 hari kenapa tak cuti selama tuh? pulak kann..
Aku ni dah hangin2 satu badan, dahlah kepala pening..tapi aku control je lepas tu psiko2 lah dia..beritau apa yang sepatutnya..huhu..
Ingat dah abis la drama sebabak, siap menangis2 bagai lagi...wahhhh...sakit jiwa...
Siap cakap nak duduk ngan tokzu, nak belajar ngaji ngan tokzu lagi..apa citer la budak nie kan..lepas tu siap tanya lagi,kenapa g kl sekejap aje? kenapa pergi sekolah kena balik lambat?, macam tak penah g sekolah lagaknyaa..baru cuti 2 minggu nie..huuhhh..sangat  menduga..

Sebenarnya bukan senang gak nak menerang2kan semuanya memandangkan zarif ni suka bertanya, jadi bersoal jawab la aku ngan dia termasuk mrhubby..Tapi setelah bersoal jawab beberapa ketika, termasuklah psiko2 dia, termasuklah berjanji manis ngan dia nak bawak g mandi kat kolam ngan memancing cuti sekolah akan datang, barulah berseri sikit muka dia, itupun siap tanya lagi berapa hari lagi kena sekolah?..harap2lah nak g sekolah pagi ni tak buat perangai, kalau tak, siaplah......

4 comments:

  1. hahaha
    zarif oo zarif
    saja tauuu
    nak menduga ibu .
    kann...kann..

    ReplyDelete
  2. ohhhh..sangat menduga iman kak linda..dan tepatlah naluri ibu kan, pagi ni dia buat perangai dia..taknak pergi sekolah...tak kuasa nak cakap..camana ek? gerammm tauuu..

    ReplyDelete
  3. kalau dia taknak kesekolah
    dia nak duduk dengan siapa ?

    sabar uda . Kalau dia taknak kesekolah , takper ikut jek kata dia . Bagi dia puas hati .

    Tapi kena buat perjanjian . Satu hari sahaja . The next day dan seterusnya , dia kena pergi ! itu pasti .

    ReplyDelete
  4. dia duduk kat taska sama ngan adik dia..tulah, hari ni kita ikut je cara dia..nengok dulu camana petang nanti..kalau ikut sharul memang sehari je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...