Thursday, September 23, 2010

Nak sihat, ikut panduan..

Salam,

Korang tau tak korang darah jenis apa? Sebelum ni aku kan memang tak berapa alert pasal jenis2 darah ni, lagilah darah sendiri kan..sampailah time pregnantkan si zara, buat blood test, baru aku tau jenis darah sendiri....


Yeay! aku darah jenis AB..Untungnya orang darah AB ni pasal dia boleh terima semua jenis darah baik A, B, AB dan O....:) TAPI kedekut pasal dia boleh derma darah pada AB sahaja..kalau tak silap aku la kann...kalau salah tolong betulkan..

Pastu kan, aku ada la beli satu buku ni, cam gini rupanya..




Kalau korang g kedai buku mesti perasan punya ada buku ni, bukan untuk darah AB je, semua jenis pun ada...so aku pun beli sajalah kan, kot2 ada panduan berguna untuk aku..


"Pada dasarnya, golongan darah AB adalah gabungan golongan darah A dan B. Golongan ini memiliki asid lambung yang rendah sehingga sukar untuk mencerna makanan berasaskan haiwan seperti daging. Pengambilan daging berlebihan menyebabkan golongan ini diserang penyakit kanser di saluran pencernaan dan sembelit"


"Golongan darah AB digalakkan bergiat dalam sukan olahraga. Selain itu, golongan ini sesuai memakan makanan laut, olahan susu dan beberapa jenis kekacang. Makanan yang tidak sesuai bagi golongan ini adalah daging ayam, lembu dan jagung..."


Ayam tak sesuai??? waaa..sedihnya..dahlah aku suka makan ayamm.. actually buku ni lebih menjelaskan makanan ideal bagi golongan darah AB..
Menurut Dr. Peter J.D'Adamo yang buat kajian, pengambilan makanan mengikut darah dapat menyelaraskan tubuh dengan asupan gizi yang sesuai..Kesannya tubuh kelihatan sihat dan bebas dari serangan penyakit.


Daging yang sesuai untuk darah AB ni kan daging kambing, daging ayam belanda dengan daging arnab tau...ha tak agak2...
Daging yang sederhana sesuai daging burung unta dengan hati...

Daging ayam sila hindari..begitu juga daging lembu....ohhhh tidakkkkk...

Bagus tau buku ni, korang cariklah ikut jenis darah masing2..ni semua jadi panduan je..nak ikut boleh takmau pun takper..cam aku, belum masa lagi aku tolak daging ayam kot..hehehe...pelan2 la kann.....







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...