Salam..
Ben ashaari? sapa tuh? apa kaitannya dengan entry aku kali ni?
En. Ben ni salah sorang dari top blogger dan aku salah sorang dari pengikut setia blog dia..Rajin en. ben nie meng'update' blognya setiap ketika..So, aku sebagai salah sorang blogger nak jugak lah tersenarai antara blog list en. ben ni..:) Kira aku pun hijau lagi la dalam dunia blogger ni sejak 2007, nengok adik beradik ada blog, aku pun nak jugak ada .Blog nie pun taklah popular mana, kira ala-ala je..hehe..Ada orang baca pun dah kira baik..
Blog aku nie sebenarnya lebih pada blog peribadi ataupun boleh jugaklah dikategorikan sebagai diari yang tak berapa peribadi yang kisahnya boleh dibaca ngan dikongsi dengan sahabat2 lain. Blog yang lebih pada kisah keluarga, pasal kerja dan apa saja yang berlaku seharian dalam hidup aku.
So, di kesempatan yang ada aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin pada mereka-mereka yang setia mengikuti blog aku ni.. Andaikata ada patah perkataan yang aku tulis kat sini mengecilkan hati pada yang baca, ampun maaf jua dipinta..
Pada yang dah mula cuti minggu depan ni dan mula nak balik kampung, sila berhati-hati di jalan raya ok..
En. ben, saya mau masuk kategori; Tulis Diari-blog peribadi
Pada sesiapa yang baca blog ni dan nak tersenarai dalam blog list en.ben ni boleh la ke sini...
Sekian..:)
No comments:
Post a Comment