Presidennya, Omar Osman berkata, Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan. Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus itu. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan. "Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin meyakinkan," katanya ketika ditemui selepas kunjungan Aidilfitri bersama Persatuan Keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Malaysia dan Kesatuan Pembantu Pembangunan Masyarakat Semenanjung Malaysia di sini, semalam.
Pada masa sama, beliau membidas pihak yang mendakwa kesatuan itu hanya tahu menuntut kenaikan gaji dan bonus untuk kira-kira 1.2 juta kakitangan awam setiap tahun.
Omar berkata, perkara itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana memang adalah antara matlamat penubuhan kesatuan itu.
"Perkara ini termaktub dalam Perlembagaan CUEPACS dan jangan ada mana-mana pihak mempertikaikan tuntutan yang dibuat," katanya
Beliau berkata, tuntutan pemberian bonus setiap tahun, termasuk dua bulan tahun ini kerana kakitangan awam tidak seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta lain yang boleh mendapat bonus hingga empat atau lima bulan, katanya.
-oppss..boleh dapat ke?...huhu..kalau boleh dapat alhamdulillah ye..kalau tak dapat pun nak buat camana...terima sajalah...tapi betul kata cuepacs dah 2 tahun penjawat awam tak dapat...tapi kan aku orang kecik je..terima apa saja keputusan seadanya...
jeles!asik2 org gomen je yg dpt bonus!
ReplyDeleteintan, belum dapat lagi ek...ntah dapat ke tidak..kita tak harap pun, kalau ada, ada..lagipun dah 2 tahun tak dapat..private bukan ada bonus ker?
ReplyDelete