Sunday, December 12, 2010

6 Perkara Perlu Dielak Ketika Melakukan Seks

Salam,

Ni aku share ye..artikel dari majalah yang aku baca untuk tatapan semua..ilmu ni tau..untuk diri sendiri, jugak untuk mereka2 yang sudah berumahtangga ataupun bakal berumahtangga....:)

TIDAK MEMBERUS GIGI
Pastikan mulut dan gigi anda bersih dan juga bau nafas. Mana mungkin memberikan kucupan mesra kalau terbayang gigi yang kotor dan terlekat pula sisa makanan di celahnya...

JANGAN TUNDA BUANG AIR KECIL
Meskipun sedang dirayu hebat oleh pasangan tapi sebaiknya janganlah menunda keinginan yang satu ini, kalau tidak ia pasti akan menganggu tumpuan anda ketika bersama pasangan.

MENOLAK POSISI BARU
Bila pasangan mengajak mencuba posisi baru, janganlah ditolak mentah-mentah. Tidak salah mencuba selagi ia tidak bertentangan dengan hukum agama. Siapa tahu posisi baru ini bakal memberi sensasi yang lebih. Setelah dicuba dan rasa tidak selesa, luahkan pada pasangan.

MENUDUH SUAMI TIDAK 'KUAT'
Ada masanya lelaki tidak bersedia untuk melakukan hubungan intim. Tidak bersedia ini tidak bermaksa mereka hilang kekuatan atau ada masalah dengan seks cumanya lelaki sukar terangsang jika punya masalah, kepenatan dan banyak lagi. Sekiranya suami mengalami situasi ini, sebaiknya tunda dulu hubungan seks.

PURA-PURA PUAS
Demi menjaga hati suami, ramai isteri berpura-pura puas menikmati seks walaupun hakikat sebenarnya tidak. Perkara ini wajar dielak kerana kalau isteri berpura-pura puas atau orgasme, suami tidak akan belajar cara memuaskan diri isterinya.
Sebaiknya jujur sahaja dengan pasangan kalau anda tidak puas begitu juga kalau anda puas menikmatinya.

ELAK SEKS KETIKA HAID
Ini memang tidak boleh dan sudah termaktub dalam hukum agama sendiri. Ketika haid, cairan pencegah jangkitan yang dihasilkan semula jadi oleh vagina diganti oleh darah. Sebarang kemasukan pada alat sulit wanita juga akan menyebabkan aliran darah haid berbalik dan menimbulkan infeksi pada rongga pinggul.
Kalaupun pasangan begitu menginginkan seks ketika ini, mintalah dirinya bertahan. Bertegaslah sedikit dengan suami. Atau sebagai alternatif, bolehlah puaskan suami dengan cara memegang alat kemaluannya ataupun cara lain.

Ok..paham tak...

Sekian..


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...