Wednesday, December 01, 2010

Bila Tuhan menguji...

Salam,

Rasanya ni entry last malam ni...entah kenapa berita ni betul2 buat hati aku terusik;

Faiz mengalami 11 masalah kesihatan termasuk empat penyakit kronik dan hospital kini umpama rumah pertama kami,” kata Nor Azifa Othman, 26 di sini, semalam.
 
Anak bongsunya, Muhammad Faiz Irfan Mohammad Fauzi, setahun, menderita saluran jantung berlubang, paru-paru berair, leukimia, pendarahan otak dan pelbagai lagi.

Pada masa sama, Faiz turut mengalami kecacatan di mana dia tidak mempunyai cuping telinga kanan.

Akibat sering mengambil cuti kecemasan dan sebagainya, Mohd Fauzi pula hilang pekerjaan di sebuah kilang dan ia menambah beban keluarga berkenaan.

Keadaan kesihatannya semakin kritikal dari sehari ke sehari dan akibatnya, Faiz tidak berupaya untuk berjalan mahupun menggerakkan anggota badannya secara normal menyebabkan dia sentiasa dalam keadaan tidak bermaya dan terlantar. Doktor pula menasihatkan keluarga berkenaan mendapatkan tong dan mesin membekal oksigen mudah alih untuk kegunaan Faiz di rumah kerana ia boleh menjimatkan kos perjalanan ke HSA.

“Bagaimanapun, kami tidak mampu menanggung kosnya yang mencecah RM5,000 memandangkan kami tidak bekerja, manakala anggota keluarga lain pula bukan orang senang.

Bila baca berita ni buatkan aku rasa bersyukur pada Tuhan..Aku dan suami punya pekerjaan tetap..Punya anak2 yang sihat, cergas dan sempurna..

Aku juga diuji Tuhan tapi dengan cara berbeza..Sekali lagi aku panjatkan kesyukuran..Nasib setiap orang tak sama dan aku betul2 menghargai apa yang aku ada.

Kesimpulannya kita harus sentiasa bersyukur dan bersabar atas ujian yang diberi..Andaikata aku mampu, mau saja aku kurangkan beban adik Muhammad Faiz..Mudah2an Tuhan beri kekuatan pada ibu bapanya berdepan dengan segala dugaan ini..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...