Salam,
Bukan taknak update blog, tapi lately nie keadaan agak huru hara..termasuklah kes yang satu nie..semalam cuti pasal nak jaga zara kat umah..
Nampak tak bintik2 merah yang tumbuh tu?
Dari hari ahad malam dah bawak jumpa dr, tapi that time bawak jumpa dr pasal kes dia demam..masa tu this thing takder lagi..
Esok pagi hantar dia g taska cam biasa, tak lama aku kat ofis, pengasuh cakap zara kena demam campak..aku musykil gak..dia kena banyak tumbuh merah2..
Amik dia kat taska and then bawak lak g klinik pakar kanak2 isnin tuh..
Dr kata ini bukan demam campak or cengkering..TAPI dr kata virus..and dia suspect coz of allergic atau overdose ubat dari klinik yang pertama..
Sebab apa tau, dr dari klinik pertama tu bagi antibiotik untuk tonsil dia..dia bagi antibiotik tu 5ml for zara yang beratnya 10 kg..memula aku kaget gak nak bagi, tapi dah kata dr kan, aku ikut jelah arahan dia..
So, lepas g klinik pakar kanak2 ni, dia suruh stop semua ubat dari klinik 1st and guna ubat dari klinik dia..nak kata zara gatal2 pun tak ketara sangat..and that things tumbuh ketara kat tangan especially part siku dengan kaki..kat badan pun tak ketara..muka lagi la takder..
Pagi ni aku hantar taska lagi..dr kata tak berjangkit..tapi ingat nak bawak g hospital pantai pulak nak buat pengesahan coz tak pasti apa sebenarnya yang jadik kat zara ni..
Yang pasti zara tetap aktif, buat aktiviti macam biasa, makan semua ok..semua normal tapi keadaan tu yang tak best....doa2 la zara cepat sembuh..mentally aku memang dah bersedia dengan apa saja keadaan zara ni, means samaada dia demam ke or apa jelah..last year dalam bulan syawal gak zara kena admit wad 5 hari 4 malam pasal demam panas hampir sawan..so aku memang get ready je..
Plus aku ingat cakap dr, selagi umur dia tak jejak 2 tahun or paling lewat 5 tahun, selagi tu lah dia akan kena any jangkitan kuman..dia memang mudah kena..
So, sebagai ibu, sabar dan tabah adalah sebaik2nya..