Sunday, October 31, 2010

Ohh....

 
Salam,

Sorry guys..really not feeling very well..badan terasa berat, kepala bengal, selsema yang tak sudah2 plus batuk juga...cuba kuatkan semangat, tapi apalah daya...i just need a good rest....

Take care..

p/s- Tahniahlah pada team KELANTAN yea..your team deserve to win although i want N9 to win..sebab nak N9 menang, ada Aidil yang hensem di situ, tapi sekejap je dia main..huhu...

Saturday, October 30, 2010

Cepat-cepat vote!


klik bagi besar sikit...

Salam,

Shout! Awards 2010 yang akan berlangsung pada 20 November 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil pada jam 8.30 malam..Aku pun perasan pasal iklan ni kat tv8 lepas tu keluar pulak kat blog aku nie..so apa lagi, meh jom vote...pergi klik kat web rasmi shoutawards kalau nak tau maklumat lanjut..

Kat atas ni aku dah bagi dah senarai calon2 untuk pertandingan tu nanti..semua pun best2 dengan hebat2..aku pun tak tau nak vote siapa?..

Korang ada calon pilihan sendiri? ha, meh jom klik kat shoutawards ni pulak..boleh vote sms atau online...sila..silakan ye..:)


Jom menimbang..

 tepi sikit dik, abang nak timbang nie..

 boleh ukur tinggi jugak ye..

Tak sempat nak snap berat zarif, laju betul no tu gerak..yang sempat tinggi je..122 cm cam kat atas tuh..berat dia kali pertama timbang 39kg, kali kedua 38 kg..hehe, tapi tinggi sama je..so nampak tak butang merah kat atas tu..zarif kat size L..haha..seperti dijangka..:)

 zara tengah 'poo poo'

nengok tv..


Tak ada apa2 kat sini




 google image


Salam,

Kenapa suka blog - pasal suka menulis dan suka cerita..tu je..

Kalau korang nak dapatkan yang interesting dari blog ni, mungkin TIADA apa-apa di sini..Kat sini more pada cerita tentang aku, kerja jugak pasal family dan anak2..nothing special kan..pasal semua orang pun boleh cerita benda yang sama..

Selalu lepak kat blog BEN ASHAARI..serius giler kagum dengan idea-idea dia yang sentiasa rajin update blog..disebabkan dia jugak, aku yang sebelum ni rasa2nya macam update entry ala-ala kadar je sangat terkejut dengan pencapaian bulan Oktober ni (setakat aku tulis ni) - 108 entry..really?? giler apa?
Serius, aku pun cam tak caya? apakah yang aku tulis ni?...tak kisahlah apa yang aku tulis, janji aku ada reader walaupun tak banyak..dan tak kisah jugaklah kalau reader tu di kalangan adik beradik aku or sedara mara sekalipun..:)

Yup..antara lain aku tulis blog pasal aku nak jadikan rujukan dan panduan pada masa depan..plus boleh merangkap jadik album jugak..banyak gambar2 aku rela letak dalam blog dari letak kat fb..walaupun gambar takder watermark, tapi tak kisahlah..pasal gambar pun takder edit2..semuanya biasa2 je..:)

Dapat duit tak? serius aku tak berapa jelas sangatlah pasal iklan2 kat NUFFNANG ni..walaupun dah baca banyak kali..yang aku tau sekarang, traffik aku tak tinggi, takder orang nak klik kat iklan aku..huhu..aku takmo paksa pun..aku tak kisah..kalau boleh dapat duit, itu adalah bonus kan, tapi kalau takdapat pun aku ok je..yang penting aku suka tulis di blog..sekurang2nya dapat mengubati jiwa yang lara pasal cita2 dulu nak jadi wartawan ngan editor tak tercapai...huhu..so tulis kat dalam blog pun ok jelah, kan...

Kreatif ke? Kalau kreatif melukis dah tentu out la kan..tapi kreatif menulis belum sampai ke tahapnya...i'allah akan...

Cuma, terima kasih pada BEN ASHAARI yang aku rasa banyak menaikkan inspirasi pada sesiapa saja untuk berblog..rasa2 kalau macam malas nak menulis, ingat Ben terus rasa bersemangat..yeah!! :)

Aidil Dakwa Rita Rudaini Tak Faham Kaedah Sulh?

 


29 OKT 2010: Selagi tak selesai kemelut rumah tangga pelakon dan model Rita Rudainai dengan suaminya, Mohd Aidil Zafuan yang juga pemain bola sepak Negeri Sembilan, nampaknya selagi itulah Murai Batu akan beritahu pembaca murai.com.my mengenai info-info terbaru mengenai mereka ini.
 
Terbaru, selepas Rita mengeluarkan kenyataan bahawa dia terkejut dan keliru dengan tindakan suaminya yang sudah memfailkan permohonan sulh terhadapnya, Aidil pula telah mengeluarkan kenyataan balas.
Apa yang Murai Batu dengar, si Aidil mendakwa isterinya itu yang sebenarnya keliru dan tidak memahami secara jelas mengenai kaedah sulh (perbincangan) yang dilakukannya di Mahkamah Syariah Seremban beberapa hari yang lalu.
Aidil yang dikatakan belum sempat menghubungi isterinya itu sejak dia memfailkan permohonan tersebut di mahkamah, difahamkan akan berbuat demikian untuk menjelaskan perkara tersebut kepada isterinya.

Namun, apa yang pasti menurut sumber yang Murai Batu dapat, Aidil hanya akan menjelaskan perkara tersebut kepada isterinya selepas dia selesai membuat persiapan untuk menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini(esok).

Macam biasalah, Murai Batu sentiasa mengharapkan yang terbaik terhadap hubungan mereka supaya anak pertamanya serta anak keduanya yang bakal lahir itu nanti mendapat kasih sayang secukupnya daripada kedua ibu bapa mereka.

Sumber : murai.com

Hmmm..masalah jugak kalau macam gini kan..pada pendapat aku lah, masing-masing duduk bersemuka dan luahkan segala-galanya..segala keputusan nak diambil biarlah bersama-sama..jangan buat sorang-sorang..tu pandangan aku saja..pasal aku pun takmau la ada lagi yang bercerai..kesian la kat anak dia ngan yang bakal lahir tu..aku ni kesiankan anak2 saja...biarlah semua doakan yang terbaik buat mereka..AMIN.

Friday, October 29, 2010

Suka..:)

Salam,

Yeay..aku dah ada header baru..best!:) Tapi ni aku trial je..biar tuan yang buat ni, nengok dulu kot2 kalau ada yang tak kena so dia boleh adjust..
Terima kasih weeda..sapa yang nak tempah header, boleh la tempah dengan weeda..

Nengok orang punya semua best2 and canggih2, so aku naklah jugak..tapi aku nak yang biasa2 and simple2 jek..Bab2 seni ni jangan suruh aku lah, lagi2 nak godeh buat header sendiri, maaflah memang tak pandai..mungkin ada orang kata "guna photoshop je lah..bukan susah pun.." Yelah, kalau orang multimedia dan seangkatannya memanglah terer..ni setiausaha beb..takdernya nak photo2shop..hehe..

Anyway tq ye, weeda..harga header ni? opss..tuan yang buat ni belum lagi bagi harga..tak malu yea..terus aku letak kat blog dulu, tapi macam cakap trial dulu ni...

p/s-sukanya esok hari sabtu, mrhubby pun tak kerja...seronok tak terkata....banyak dah plan nak buat..plan yang hanya duduk di rumah saja ok..:)

"Selamat berhujung minggu..."

Rimas..

Salam,

Aku sangat rimass..rimass, lemas, segala-galanya la..tau tak dah lah aku selsema, ni jenis yang nak meleleh jer, tunduk salah tak tunduk pun salah..stress..
Lepas tu dah lah petang ni nak ada taklimat pasal pencatat minit apalah..ntah apa2..boring.

Kerja dahlah banyak..memang lah cakap banyak pun bukan kerja abis, makin bertambah ada lah pulak..nak mengamuk je aku hari ni..lagi nak menambahkan mengamuk bila ada pulak student yang buat muka simpati nak drop subject di saat akhir2 ni..weiii, minggu depan dah study week lahh..

Korang nengok student sekarang, main suka suki je nak drop subject..tunjuk surat bagi alasan ntah apa2..apa ni?! kalau rasa tak confident nak amik subject tu drop la awal2..apalah kan..ingat universiti ni mak bapak korang punyer ker? dahlah bos aku takder g perancis..lepas tu lemak berkrim korang nak keputusannya petang ni jugak sebelum korang balik kampung..amboi2..geram pulak aku..

Student sekarang ni tak macam zaman2 aku dulu dan sebelumnya lah..sekarang ni, diaorang manja giler..dulu kalau dekan or lecturer kata tak boleh, tak bolehlah..takut nak lawan cakap..TAPI sekarang, diaorang boleh main rayu2, buat2 muka simpati semua..ek eleh...boring ko...aku memang geram sangat..kita dah buat peraturan, ikut jelah..susah sangat ke, ni kalau korang dah merayu2, lepas tu ada orang sudah kesian ngan korang, terpaksalah kitaorang break the rules membenarkan korang drop subject...macam hampeh...

Sakit hati la..malas nak citer lagi..dah stop..buat aku sakit jiwa je..

Tak kira waktu dan tempat



Salam,

Oh..siannya zara tdo cam gini..ni dah sampai depan umah..dia boleh sleepy pulak...apa lagi terus jelah snap gambar..:)
Zara ni tak kira masa n tempat..main belasah je..rasa2 kalau dah memang time tdo tuh, apa cara sekalipun dia tetap akan tdo..zara memang punctual, pagi kena tdo sekali, petang sekali...kitaran dia lengkap betul..kalau tersasar jadual dia, maka aku kena pandai adjust la, takpun kenalah layan 'hangin' dia tuh..

Nyaris-nyaris....

KAJANG – Akibat ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan nafkah anak berjumlah RM9,800, pengacara popular AC Mizal dijatuhi hukuman penjara 25 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini semalam.

Bagaimanapun, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, terselamat daripada hukuman tersebut setelah dia berjaya menjelaskan tunggakan nafkah anak itu seperti yang diarahkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah.

Nak baca lagi - klik sini ok.


Ha, nasib baik tak kena penjara..walaupun 25 hari tetap penjara ok..tak paham lah kenapa susah sangat nak bayar nafkah kat anak2? tak kesian ke? penat la ex-wife tu turun naik mahkamah, semata2 nak tuntut nafkah untuk anak2...
Bila tau nak kena penjara, baru nak bayar duit..hmmm..

Bukan tak pandai, tapi..

Salam,

Kata kerja universiti kan, so sekarang ni kat u tpt keja ni, bukan je ada student tempatan tapi dah campur ngan student antarabangsa, ala2 UIA tu..TAPI student antarabangsa UIA tu mungkin lagi standard kot dari student kat sini..huhu.
So walaupun aku setiausaha, bukanlah lecturer yang mengajar diaorang tapi kadang2 aku terpaksa berdepan gak dengan diaorang..pasalnya mereka semua tu nak jumpa bos la, mintak buat surat la, whatever dan bla..bla..bla...

So, kebanyakannya aku perasan student area2 arab gitu ngan somalia..Makanya bahasa yang perlu digunakan adalah bahasa inggeris ye..soalnya di sini, siapa yang terer dan siapa yang tak terer?
wahhh...ok, aku English A1 ye SPM..ni bukan soal nak kerek..soalnya aku nak bagitau, yang walaupun English kau cemerlang mana pun, tapi kalau tak terer speaking pun tak guna gakk..

Contohnya aku laa...aku terer laa..cuma gagap je..aku benciii..dah 2 hari berturut2 kot ada student arab ala2 maher zain datang jumpa aku pasal nak mintak surat la..of course la dia speaking kan..tak payahlah kot aku nak terjemahkan sesi dialog aku ngan dia..memalukan diri sendiri jek..haha..
Lepas tu, aku jawab segala soalan dia..cuma biasalah cam bodo kot..ada satu soalan tu dia tanya la dekan mana (english ye)..aku balas in english gak la dekan takder ada event kat dewan..balik pukul berapa pun tak sure..(semua in english) tapi jawapan aku tu taklah selancar mana, cam tergagap2 sikit..lepas tu mamat arab ni boleh pandang aku senyum2 macam senyum kambing lagaknya nak tunggu aku habiskan ayat tu lambat sangat...waaaa..benci giler aku nengok dia k...kau siaplah..aku terer BI la..huhu..

Aku ingat lagi abah pesan "jangan malu cakap..biarkan salah..ingat semua orang cakap english tu betul ke.."
Masalah aku kan..bila aku nak cakap, time nak susun ayat tu aku boleh fikir "eh, ni present tense ke past tense ek, ke present continous tense..." bodo tak? haha..ada ke orang nak cakap BI cam aku nie..dan problem utama aku adalah aku TAKUT SALAH..

Lagi satu aku tak suka bila nak cakap BI depan bos2 atau orang2 yang aku rasa diaorang lebih terer dari aku..aku rasa macam diaorang ketawakan aku je..camna tuh...

TAPI takperlah..aku ikut cakap abah..memang selama ni pun aku ikut je cakap abah, cuma gagap sikit je kot...

Kalau budak2 foreigner ni datang time bos aku ada semua, aku akan cakap, "can you please wait outside, i'll see you later.." semata2 takmo bos aku dengar aku speaking..hahaha..
Lepas bos keluar dari bilik, aku panggil bebudak tu semula..:) 

Cuma nak bagitau, aku terer, aku ada idea..cuma gagap sikit je..salah ke? tak salah kannnn...hahaha..

Thursday, October 28, 2010

Simple & nice




Salam,

Nothing..aku takde buat apa2..really sorry..this few days really busy..badan letih dan minda tak boleh nak fikir..sometimes rasa sesak dada n kepala pening..but i try to slow it down..

Yeay...aku cuma belikan sebiji kek yang dipilih sendiri oleh mrhubby..kek chocolate apa ntah namanya..yang tau sedap je..kalau lah aku yang buat kek ni, alangkah bangganya..:)

Budak2 la paling suka bila time bday..tak kira lah sesapa punye bday pun..part yang paling diaorang suka, tiup lilin n potong cake..aku rasa semua budak pun suka part ni..

Rasanya zarif yang tiup lilin tu dulu..hehe..very simple high tea dengan mereka yang tersayang........
 

Bawak bekal-satu hari satu resipi


Salam,

Rentetan semalam tidak makan seharian..maka nya pagi ni dengan rajinnya aku buat bfast..roti dan sos sosej campur2 ni..resipi dari buku satu hari satu resipi..

Oh senang je...mau tau, ni resipinya;

Sosej (10 batang)
Kacang panggang
Cendawan butang
Sos tomato 1/2 cawan
Garam sikit (kalau perlu)
Capsicum merah hijau (dadu)
Bawang besar (dadu)

Caranya;

Tumiskan bawang besar, lepastu masukkan sosej dan biar sampai garing..(tapi aku rebus dulu), lepas tu masukkan cendawan butang, masukkan sos tomato, kacau rata. Baru masukkan kacang panggang..lepastu masukkan capsicum..tapi sori la, aku takder capsicum, so tak masukkan, plus nanti bawakkan budak2 tu bekal pun diaorang asingkan..
Ok..dah siap...tu je..senang kan..

Boleh makan dengan roti, roti bakar ke garlic bread pun ok gak..aku makan dengan roti putih je..layann ok..janji perut kenyang...

Hari kamu - 33






Salam,

Selamat Hari Lahir ke 33 buat mrhubby tersayang...Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya..Susah senang, saya dan anak2 akan sentiasa berada di sisi abang....Kami cuma mau kehidupan yang tenang, senang dan bahagia selamanyaa...:)

Aku sendiri pun wish dia pukul 6 pagi tadi..huhu..konon nak jadik orang pertama pukul 12 tgh malam tadi tapi tak kesempatan..Mengantuk ohhh..semua pun lepak dan tdo before pukul 12 malam..so nothing plan, and i don't know what to do..hehehe..present? takder..Bukan kejam..nanti mrhubby beli sendiri hadiah dia..

Wednesday, October 27, 2010

Jangan pentingkan diri..

Salam,

 
"Ibu..boleh tak kita main congkak malam ni macam semalam?" tanya zarif


"Ibu penatlah yip.." sungguh aku memang penat..


"Abah, boleh tak main congkak dengan kita?" penuh mengharap..


"Abah banyak kerjalah nak buat..." jawab abahnya acuh tak acuh


Kesiannya yip..dia sudah buat muka..sedih, kecewa..aku tak sampai hati..





Mungkin mrhubby pun fikir benda yang aku fikir juga..kami akur..kami tak boleh pentingkan diri..walau sekejap, ia sangat bermakna buat anak.


Yang penting mereka gembira..:)

* Nengok lah zara, bawak elmo dalam stroller....hehe*

Seharian okey.....

Salam,

Hari ni sehariannnn (kena bagi penegasan) aku tak makan dan minum..Dari pagi sampai petang...last makan adalah malam tadi..dahlah first day period plus lapar lagi, ingat tgh nak balik lunch, tapi tak jadik..mrhubby ada mesyuarat, lepas tu pulak kerja aku banyakkkk gilerrr..
Perut lapar..sakit jiwa..aku memang truly lapar..aku memang sengaja tulis dalam fb..LAPAR..LAPAR........
Sekali bos baca laa dalam fb tuh..dia tanya aku "dah makan belum?"...
"Belum laaaa.." tension..ingat nak bawakkan makanan ke...huhu, sadis..

Mujur je aku ni takder gastrik..kalau takk, habiss..
So, aku dengan sabarnya tunggu sampai waktu balik.....
Masuk keta aku bisik dengan mrhubby, "sayang, kalau b mintak something, awak marah tak?"
"Cakap jelah..."
"B lapar, tak makan lagi, tapi b takmau beli makanan kat pasar malam" (hari ni hari rabu kannn, ada pasar malam)

"Habis b nak makan apa?"
"B tiba-tiba teringin nak makan nasi beriani....dengan sirap bandung..boleh x?" "Boleh sayang.."
 :)

Seharian tak makan, so aku perlu demand...sebenarnya bukan aku TAPI perut aku ni..mengada2 pulak nak nasi beriani..




Kesimpulannya hari esok, aku akan buat breakfast..nengoklah esok ok..aku buat sedap2 makan sorang2 dalam bilik..orang lain amik bau je..hahahaha (tiba2 nak jadik tamak haloba.....)

Cerai..cerai..

Salam,

Secara rasminya Aleeza Kasim dah bercerai..sadis sungguh..mungkin diaorang ada masalah peribadi yang kita tak tau..

Kadang pelik la, entah kenapa situasi cerai berai ni makin menjadi-jadi..Tau...takder orang nak mintak pun dan sapa pun yang suka kan..Tapi bila dah berkahwin aku rasa kita kena tau peranan kita..
Sebagai isteri apa yang patut kita buat dan tanggungjawab terhadap suami, macam tu jugak dengan suami kan..
Sebagai individu yang telah pun berkahwin kurang dari 10 tahun, memang pun tak banyak benda boleh dikongsikan..TAPI aku rasa kadar perceraian tu boleh dikurangkan kalau masing2 tau tanggungjawab sendiri..
Kalau tak ada anak, takper, macamana kalau ada anak lepas tu kecik2 pulak..

Yang aku tau, memang sukar nak cari kebahagiaan..kadang2 bila dah kawin kita masih terpikir2 betul ke calon pasangan yang aku pilih ni? TAPI soal hidup kita yang pilih, samaada betul ataupun tidak, suka ke tak, kita kena teruskan hidup.

Aku memang tak layak nak bagi nasihat berkenaan hal macam ni,tapi aku jenis manusia yang suka berdepan dengan masalah..aku tau masalah dalam hidup akan sentiasa ada..dan bila mrhubby sudah melafazkan akad nak hidup dengan aku, maka aku perlu teruskan...

Emak sumber inspirasi aku..aku rasa mak tak perlu tanya banyak, dia pun boleh tau samaada aku ada masalah ataupun tidak..kalau aku rasa lemah, tension, aku cuma perlu bercakap dengan mak je, kadang2 tak cakap pun masalah tu..saja bual2 tapi cukup menenangkan keadaan..

Dan lagi satu, aku tak suka fikir remeh temeh, macam aku pernah cakap, hidup kat dunia ni sementara je, just buat baik jelah..aku takmau naik mahkamah, aku takmau masuk balai polis..aku cuma nak masuk syurga, kehidupan hakiki di sana....aku nak anak2 aku perlukan seorang ayah..jadik takpayahlah aku or mrhubby create masalah...

Andaikata ada jugak masalah yang datang dan tak boleh dielak, aku tetap takmau pening2kan kepala..unless la kan, mrhubby dah memang takmau sangat kat aku, nak buat camana....aku redha saja...:)

Nak kek elmo..sapa boleh buatkan?




Sumber gambar : Google saja..tq..

Salam,
Aku mau kek elmo yang cantik2...khas untuk zara for her coming birthday this 17th november..disebabkan dia suka elmo dan asik sebut 'emo..' jer.. maka aku pun dengan penuh emonya nak mencari orang yang boleh buat kek elmo dengan cantik dan sedap...

Secret recipe boleh buat tak? nak yang sedap dan cantik..dan lagi bagus kalau harganya pun sederhana seadanya..:)

Tsunamai Mentawai


JAKARTA: Sekurang-kurangnya 113 orang terbunuh dan 500 lagi hilang, termasuk sekumpulan peluncur Australia, semalam, apabila gempa bumi kuat di Indonesia menyebabkan berlaku tsunami.
Sejumlah perkampungan pesisir pantai turut musnah dalam bencana itu.

Gempa bumi sekuat 7.7 magnitud itu berlaku di Pulau Mentawai di barat Sumatera dan menghasilkan ombak setinggi sehingga tiga meter.

Jurucakap kerajaan berkata, 10 perkampungan turut dihanyutkan ombak.

Sekumpulan pelancong Australia mendakwa bot dinaiki mereka dimusnahkan oleh ombak besar yang menghempas ke sebuah teluk.
Sesetengah penumpang dilaporkan terpaksa berpaut pada pokok untuk menyelamatkan diri.

Sumber : Harian Metro -27/10/2010

Alfatihah pada yang telah meninggal dunia, dan didoakan semoga mereka yang hilang selamat dan di bawah lindungan Tuhan hendaknya...Amin

Aidil tuntut jaga anak


SEREMBAN: Selepas beberapa laporan berhubung keretakan rumah tangga mereka dipaparkan media, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, memfailkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak terhadap isterinya yang juga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Sumber rapat dengan Mohd Aidil Zafuan berkata, pemain itu yang mesra dengan panggilan Aidil ke mahkamah dengan ditemani seorang peguam syarie pada kira-kira jam 11 pagi semalam.

“Apa yang dilakukannya ini adalah untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya yang berlarutan sehingga menjadi perhatian orang ramai.

“Melalui kaedah sulh itu, kedua-dua pihak akan dipanggil untuk berbincang secara baik selain diberi kaunseling untuk menyelesaikan pertikaian dihadapi mereka tanpa melalui proses perbicaraan,” katanya.
Ketika ditanya mengenai permohonan hak jagaan anak dan perceraian, sumber itu berkata, pasangan berkenaan belum bercerai.

Sementara itu Aidil yang ditemui di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ketika menjalani latihan bersama skuad Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini, mengesahkan dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah bersama seorang peguam.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya itu.

“Ia berhubung urusan keluarga dan saya tidak mahu mendedahkannya kerana mahu menjaga kepentingan banyak pihak,” katanya.

Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata, perbincangan dengan isterinya masih berjalan dan banyak lagi yang perlu diteliti mereka sebelum membuat sebarang keputusan.

Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 61, ketika ditanya mengenai tindakan anaknya mendakwa dia tidak tahu apa-apa.

“Aidil memang tinggal di sini (rumah keluarga di Sikamat, Seremban) kerana menjalani latihan pusat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

“Namun, saya tidak tahu apa-apa mengenai tindakan itu kerana dia hanya memberitahu hendak ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguruskan penukaran nombor pendaftaran kereta, pagi tadi (semalam),” katanya.

Harian Metro sebelum ini menyiarkan kenyataan Rita yang mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan keluarga mentuanya.

Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.

Hasil perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan.


Sumber : Harian Metro-27/10/2010

Tuesday, October 26, 2010

Dah takder dah segala mungkinkah..

Salam,




Finally...finally....it comes..:) yeay!! 
Ye aku harus suka..aku tau aku plan baik punyeee..memang ngeri dan agak seriau bila ia lambat dan tak ikut masa..
Tapi kalau Tuhan nak bagi rezeki aku memang terima dengan hati terbuka..:)

Muka yang sangat gembira bila tau aku uzur dah tentulah mrhubby...haha..
Bukan dia tak suka andai aku pregnant, tapi katanya dia tak ready lagi..ok..ok..

Untuk pengetahuan, kami memang merancang..merancang secara berhemah..yela, kalau boleh taknak jarak anak rapat..3 tahun lebih just nice for me..TAPI lain orang lain caranya..DAN kalau Tuhan nak bagi jugak, rancang macamana pun tetap jadik kan..

Aku rancang makan pil, pasal aku breastfeed, so aku ambik NORIDAYS..tapi ni aku dah berhenti bfeed perlahan2, aku biar zara minum botol susu, lagipun kurang sebulan lagi dia dah masuk umur 2 tahun..

Aku lebih prefer rancang sendiri2 dan makan pil, TAPI kena disiplin la kan..setakat ni belum tergerak hati nak buat implan la, nak letak IUD ke or nak ikat...
Pasal aku masih menaruh harapan mau baby lagi..

So for the meantime......kita tinggalkan dulu soal nak tambah anak..nak FOKUS adik aku rai nak kawin hujung tahun depan..banyak kerja lorr....

Terima kasih Tuhan..:)

Lapar..nak makan kat mana?

Salam..

"Abang lapar ni..baru habis kursus...kat mana nak makan b?"

"Ikut abang lah..b tak kisah..."

 Serius aku tak kisah..ikut je pasal aku takder selera sangat..

 gaun 15rm saja..

 nengok apa tuh?

 dah tau makan apa kann..

 yum..yum...

mrhubby yang memang laparr...

Lima belas sahaja!

B1 (1)

B2 (1)

B3 (2)

 B4 (1)

 G1 (1)

 G2 (1)

 G3 (1)

 G4 (1)

 G5 (3)

 G6 (2)

Salam,

Untuk pengetahuan bagi yang baca blog aku, aku penah jual baju untuk budak2 tapi secara offline je..so aku mau clearkan stock..
Tinggal ni je..aku bagi offer gila-gila...RM15 sehelai...

Belilah..:)
Tak rugi, kualiti kain ok...serius..pasal zara pun ada jugak baju2 yang dijual ni...kalau takder anak, nak bagi anak sedara, anak sepupu...semua pun boleh..
Nanti aku update umur untuk baju ni malam ni..

Harap maklum..


*yang dalam kurungan merah tu maksudnya kuantiti baju yang tinggal*

Kedai yang aku suka....

......................... nak habiskan duit;

KEDAI BUKU

KEDAI BAJU KANAK-KANAK

KEDAI BEG TANGAN

Amaran;

Janganlah bawak aku pegi kedai macam kat atas tu sebab kalau dapat seribu ringgit pun mungkin aku boleh habiskan beli barang-barang kurang dari sejam...huhu.....

Sekian..

Zarif tanya..

"Abah, bila kita nak pakai handphone?"

"Kenapa nak pakai handphone?"

"Yelah...kalau ada apa2 berlaku kat kita macamana? Kalau ada handphone kan senang, kita boleh telefon ibu dengan abah.."

************************************

Ini situasi sebenar..

Ini pertanyaan benar dari seorang anak lelaki yang berumur 5 tahun lebih......

Hebat kan, anak2 zaman sekarang...
Buat masa sekarang, aku punya jawapan pada zarif - belum boleh lagi sayang...masih belum ada keperluan sekarang, ok..

Tapi tak taulah akan datang...i'allah akan dipertimbangkan..kalau nak pun, mungkin kena belikan hp yang biasa-biasa je..
Lagi2 di zaman sekarang anak2 kerap hilang diculik so memang patutlah kena ada handphone...but not now ok..:)


Monday, October 25, 2010

Tutup rapat adik, jangan bukak luas2...



Satu hari satu resipi


Salam,
Yes..finally i got this book..hooray!
Chewahh, macam terer masak benar kan..
365 resipi istimewa chef hanieliza, so 1 resipi untuk 1 hari...hebat kan...semua orang boleh cuba...tak rugi kalau beli..ni ilmu tau..less 50 ringgit for 367 pages..really worth it..

Lagi2 bagi mereka2 yang baru nak kawin, or baru berkahwin, ataupun yang dah nak masuk 7 tahun kawin macam aku tapi tak reti2 masak..hehehe..

Logiklah, kalau tak reti masak, tetiba kalau cuba pertama kali lepas tu tak jadik kan...aku percaya pada try n error, tak jadi kali pertama, cuba buat lagi, sampailah jadik..

Contoh la, macam aku, tak penah langsung buat pulut kuning, tetiba nak buat pertama kali, rasa2 boleh jadik ke? Confirm eh takkan jadik walaupun nengok resepi..ingat senang ke...Tapi kalau sekali buat terus jadik n sedap pulak, bonus la kan....:) Kuasa Tuhan mengatasi segalanya...

So, apa lagi...jom beli buku ni..tak rugi..aku promote dengan ikhlas takdapat apa2 komisyen pun..hehehe...

Bila mrhubby nengok aku beli buku ni, dia senyum je...senyum penuh makna..samaada senyum sindir (dalam hati kata-ye jelah tu nak masak, ke buat hiasan je buku tu..) ataupun senyum bangga (dalam hati kata-bagus b ni, untung dapat dia, bersungguh nak belajar masak..harap2 dapatlah rasa 1 hari 1 resipi dia..)

Takper2..(dalam hati aku-ingat b tak boleh buat ke? nengok lah eh, i'allah b akan jadi lebih terer..b buktikan..-dengan penuh semangat)

Tunggu jelah..bila jadik masak je, aku publish dalam blog ni ye..tunggu semua...:) satu hari satu resipi..

Maher Zain - ♥ Baraka Allah Lakuma ♥(Wedding Song) ماهر زين



Salam,

Time rai kawin kita pasang lagu ni nak..cam sejuk je dengar...abah confirm suka..kita pastikan dewan bergema dengan lagu2 maher zain..hehehe..ala2 arab sikit..:)

Di depan mata

 oh..jam tetiba..

 OMG..accident..:(

 diaorang nak selamatkan penumpang dalam kereta

alamak..terlindung pulak..

Salam,

Balik dari dating dengan mrhubby, tetiba jalan depan maktab perguruan boleh jam pulak..then mrhubby cakap "jangan pandang b..ada accident baru berlaku ni.."
OMG..serius aku memang seram..buat aku bertambah percaya bila nampak ada orang berlari2 menuju ke kereta yang accident di tengah2 jalan raya..memang baru berlaku gamaknya..

Kebetulan ada kamera dalam beg, aku terus capai n snap je..ermm..tak bestnya bila aku nengok keta tu still berasap lagi, ngeri je kalau tiba2 kereta tu meletup je kan..:(
Bagusnya rakyat malaysia ni memang prihatin, ramai pergi kat kereta tu n try selamatkan driver or penumpang yang masih dalam kereta tu..kebetulan pulak accident tu terjadi betul2 kat depan maktab n sekolah teknik..dan memang kawasan yang ramai orang...

Aku cuma harap penumpang kereta tu semua selamat hendaknya...mudah2an ye..Aku pun tak tau camana lori tu boleh terbabas..samaada bawak laju ataupun something happen yang lori tu tak boleh dikawal lagi sampai terpaksa langgar kereta tu..I guess je............

Serupa macam kerja

Salam,

Aku cuti tapi umpamanya aku macam bekerja saja..email, sms dan phone sentiasa..wahh..sangat berdedikasi..boleh dapat cemerlang tak tahun depan?


Bilalah serasanya dapat cuti dan elakkan dari segala gangguan cam gini..aku boleh je kalau takmau angkat phone, or tak jawab email dan segalanya..tapi aku rasa macam tak bertanggungjawab pada kerja...lagi satu mungkin la kot aku ni baik hati sangat..huuuh..


Rasanya kena ambik cuti akhir tahun dan cuti jauh sikit..hahah..biar takde line segala...:)

Tapi dari sudut positif, agak seronok bekerja macam gini..dari rumah saja..janji ada telefon, internet, komputer...best..:)
Hidup pun tak terlalu terikat..kalau tak mandi lagi pun orang bukannya tau kan..hihi..

Dah..dah..aku nak mandi, nak g dating ngan mrhubby jap lg..dating sempena pra-bday dia ok..:)

FFM 23

Filem Terbaik
1. Belukar
2. Lagenda Budak Setan
3. Magika (Pemenang)
4. Estet
5. Evolusi KL Drift 2

Pengarah Filem Terbaik
1. Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2) (Pemenang)
2. Mamat Khalid (Estet)
3. Jason Chong (Belukar)
4. Farid Kamil (V3 Samseng Jalan)
5. Ahmad Idham (Adnan Sempit)

Pelakon Lelaki Terbaik
1. Bront Palarae (Belukar) (Pemenang)
2. Esma Daniel (Santau)
3. Farid Kamil (Lagenda Budak Setan)
4. Shamsul Datuk Yusof (Evolusi KL Drift 2)
5. Zul Huzaimy (Haq)

Pelakon Wanita Terbaik
1. Jasmine Micheal (Estet)
2. Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan) (Pemenang)
3. Maya Karin (Pisau Cukur)
4. Mislina Mustaffa (Karaoke)
5. Putri Mardiana (Santau)

Lakon Layar Terbaik
1. Ahmad Idham Ahmad Nadzri (Niyang Rapik)
2. Azahari Mohd Zain (Santau)
3. Jason Chong Chia Shien (Belukar)
4. Jumaatun Azmi (Haq) (Pemenang)
5. Mamat Khalid (Estet)

Cerita Asal Terbaik
1. Ahadiat Akashah (Lagenda Budak Setan) (Pemenang)
2. Brian Iskandar Zulkarim (Haq)
3. Edry Abd Halim (Magika)
4. Mamat Khalid (Estet)
5. Uttam Kumar Thangiah (Pulau Asmara)

Sinematografi Terbaik
1. Indra Che Muda (Estet)
2. Indra Che Muda (Santau)
3. Mohd Noor Kassim (Magika)
4. Raja Mukhriz (Niyang Rapik) (Pemenang)
5. Ramli A Bakar (Belukar)

Penyunting Terbaik
1. Ahmad Mustadha (Niyang Rapik)
2. Brian Ng (Santau)
3. Brian Ng (V3: Samseng Jalanan)
4. Hisham Jupri (Evolusi KL Drift 2) (Pemenang)
5. Lim Sheu Fen (Belukar)

Skor Muzik Asal Terbaik
1. Brian Ng (Santau)
2. Brian Ng (Niyang Rapik)
3. Brian Ng (V3: Samseng Jalanan)
4. Edry Abd Halim (Magika) (Pemenang)
5. James Baum (Evolusi KL Drift 2)

Filem Animasi Terbaik
1. Atok Poei Pekan
2. Buas (Pemenang)
3. Chellup
4. Ramadhan Mat Jo
5. A Day in A Life of Mr Teddy

Malam tadi aku tak dapat nengok FFM 23 pasal mrhubby nengok filem Transformers kat HBO..but it's ok..tapi aku suka pasal Bront Palarae dengan Lisa Surihani menang Pelakon lelaki n wanita terbaik..yeay..best:)

Sebab Magika menang buatkan aku nak beli dvd nya nanti..ada member laki aku nengok 2 kali cerita ni pasal dia kata best..betul ke?.....betul la kot kalau tak, takkan menang kann..Congrats pada semua...

Gelaran Datuk tidak ditarik

PETALING JAYA: Pelakon Emylia Rosnaida menafikan gelaran Datuk daripada Istana Pahang terhadap suaminya, pengacara A.C Mizal ditarik balik sebaliknya memaklumkan darjah itu akan dikurniakan secara rasmi dalam satu istiadat yang akan diadakan pada bulan Disember nanti.
Emylia yang juga pengurus kepada A.C Mizal berkata, pihaknya telah pun menerima surat pengurniaan darjah kebesaran peringkat kedua iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada bulan Ramadan lalu.

“Dakwaan mengatakan darjah berkenaan ditarik balik itu tidak benar kerana pihak kami sudah menerima surat pengurniaan pingat oleh Istana Pahang pada bulan Ramadan lalu. Setahu saya dia (A.C Mizal) akan menerima surat lain dua minggu sebelum istiadat pengurniaan pingat di lakukan pada Disember nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Emylia diminta mengulas desas-desus kononnya darjah kebesaran terhadap A.C Mizal itu ditarik balik selepas nama pelakon tersebut tidak tersenarai dalam majlis pengurniaan pingat sempena ulang tahun keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, Ahad.

Seramai 1,211 individu menerima darjah kebesaran dan pingat negeri sempena majlis tersebut termasuklah pelakon Datuk Mustafa Maarof yang menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP), Datin Rosnani Jamil dan pengulas sukan, Hasbullah Awang yang menerima DIMP di mana kedua-dua anugerah itu membawa gelaran Datuk.

Kata Emylia isu penarikan itu timbul mungkin kerana nama suaminya tidak disiarkan di akhbar-akhbar tempatan Ahad, tetapi dakwaan tersebut sebenarnya tidak benar.
Emylia menjawab desas-desus itu bagi pihak A.C Mizal yang sedang bermain tenis ketika dihubungi mStar Online.

Sumber: Mstar online

Sunday, October 24, 2010

Bahasa kita

Salam,
 
Hari ni dalam suratkhabar harian metro ruangan borak pak nil (aznil nawawi), beliau bercerita tentang penggunaan bahasa sms semakin mencabar bangsa kita baik penggunaannya di handphone, facebook mahupun twitter.

Yea, aku tak nafikan dan aku juga salah sorang dari mereka..dah kata short message kan..macam tu jugak dalam blog, kadang2 aku pun letak jugak short words..TAPI teguran dari Pak nil tu sangat membina..secara tak langsung aku rasa aku patut ubah tabiat tu.

Jujurnya, sebab dah terbiasa kadang-kadang boleh membawa padah..lagi2 aku sebagai setiausaha berurusan dengan ahli-ahli akademik yang terpelajar, malah ada antaranya yang bergelar professor…macam tu jugak dengan bos aku..tak molek la kan, kalau nak bagitau bos;


Slm prof, pg nie mesy dbtalkan, td, pej xxx cl, bgtau mesy dtunda pd tkh yg akn dbgtau kelak

Salam prof, pagi ini mesyuarat dibatalkan, tadi pejabat xxx call, beritahu mesyuarat ditunda pada tarikh yang akan diberitahu kelak


Kalau bos tu umurnya macam aku lepas tu duduk mengadap fb, twitter, or blogging sepanjang masa lain cerita..tapi tetap tak boleh la..kita kan ada etika..lagi2 aku bekerja di sektor kerajaan..

Yang pasti aku memang selalu ingatkan diri supaya jaga tatabahasa semasa berurusan dengan kawan2 sekerja baik dalam penggunaan sms mahupun email terutama melibatkan orang atasan.

Mintak maaflah, kalau dalam blog ni aku masih guna shortword, bukan apa..rasa lebih selesa..tapi i’allah akan diubah perlahan-lahan..biarlah lepas ni orang nak kata skema pun, janji aku jaga etika bahasa tu.

Aku percaya melalui internet terutamanya berblogging, kita boleh bantu sebarkan maklumat tentang penggunaan bahasa yang dah semakin caca marba kepada bahasa kita yang sememangnya indah belaka.

Kata bahasa jiwa bangsa…..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...