Friday, October 22, 2010

Kerana jerebu ke?


kuetiau ladna kononnya..

Salam,

Zara tetiba demam panas malam tadi..kaget jap..kenapa ek? mungkin sebab jerebu ke? padahal kami takderlah kemana pun..balik taska pastu amik aku balik kerja nthen balik umah..
ermm..so takyah g klinik la, ubat demam dia berbotol2, semua pun baru2 lagi..dah bagi dia makan, nampak cam kurang sikit..tapi on off la..

Pagi ni aku terpaksa keraskan hati hantar gak zara ke taska..kalau boleh memang nak cuti tapi tak boleh pasal kerja banyak, semua nak kena settle hari ni..bos aku nak ke perancis so kenalah settlekan segala surat2 yang nak kena tandatangan hari ni jugak...sian kat zara..tapi takderlah dia lemah longlai ke, dia normal cam biasa, cuma badan panas..aku siap bekalkan ubat demam lagi..tengahari tadi call taska, katanya zara ok, demam dah kurang...harap2lah kan...zara ni kan memang mudah terkena jangkitan..

Malam tadi gak aku masak kuetiau ladna..ladna sangatla kott..kawan aku ajar masak kuahnya dulu, kuetiau tu jangan dicampurkan nanti jadinya kembang..kawan kata siram kan kuetiau tu ngan air panas je..pastu time nak makan baru campur sekali..baru sedap..
Tapi, aku kan manusia tak sabar..aku g campur semua..time nak makan kuah itu sudah diserap oleh kuetiau..yeay..tepuk tangan..padan muka aku..

Cam biasa mrhubby akan memuji sentiasa.."sedapnya.." thank you..thank you..:)
Luar biasanya, zarif boleh kata "eii..tak sedapnya..makanan apa ni?" sangat jakun ok..walaupun cakap cam gitu, tapi dia tetap makan..apa2 lah yip..

Zara pun makan gak..semua cam biasa saja sampailah lepas makan terus je demam.........:(

So, pada semua - selamat berhujung minggu -
Pada diri sendiri - sila lipat kain yang dah menggunung tuh...


*kalau dah 10 hari lewat patut ke aku beli pregnancy test?*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...