Salam,
Kata kerja universiti kan, so sekarang ni kat u tpt keja ni, bukan je ada student tempatan tapi dah campur ngan student antarabangsa, ala2 UIA tu..TAPI student antarabangsa UIA tu mungkin lagi standard kot dari student kat sini..huhu.
So walaupun aku setiausaha, bukanlah lecturer yang mengajar diaorang tapi kadang2 aku terpaksa berdepan gak dengan diaorang..pasalnya mereka semua tu nak jumpa bos la, mintak buat surat la, whatever dan bla..bla..bla...
So, kebanyakannya aku perasan student area2 arab gitu ngan somalia..Makanya bahasa yang perlu digunakan adalah bahasa inggeris ye..soalnya di sini, siapa yang terer dan siapa yang tak terer?
wahhh...ok, aku English A1 ye SPM..ni bukan soal nak kerek..soalnya aku nak bagitau, yang walaupun English kau cemerlang mana pun, tapi kalau tak terer speaking pun tak guna gakk..
Contohnya aku laa...aku terer laa..cuma gagap je..aku benciii..dah 2 hari berturut2 kot ada student arab ala2 maher zain datang jumpa aku pasal nak mintak surat la..of course la dia speaking kan..tak payahlah kot aku nak terjemahkan sesi dialog aku ngan dia..memalukan diri sendiri jek..haha..
Lepas tu, aku jawab segala soalan dia..cuma biasalah cam bodo kot..ada satu soalan tu dia tanya la dekan mana (english ye)..aku balas in english gak la dekan takder ada event kat dewan..balik pukul berapa pun tak sure..(semua in english) tapi jawapan aku tu taklah selancar mana, cam tergagap2 sikit..lepas tu mamat arab ni boleh pandang aku senyum2 macam senyum kambing lagaknya nak tunggu aku habiskan ayat tu lambat sangat...waaaa..benci giler aku nengok dia k...kau siaplah..aku terer BI la..huhu..
Aku ingat lagi abah pesan "jangan malu cakap..biarkan salah..ingat semua orang cakap english tu betul ke.."
Masalah aku kan..bila aku nak cakap, time nak susun ayat tu aku boleh fikir "eh, ni present tense ke past tense ek, ke present continous tense..." bodo tak? haha..ada ke orang nak cakap BI cam aku nie..dan problem utama aku adalah aku TAKUT SALAH..
Lagi satu aku tak suka bila nak cakap BI depan bos2 atau orang2 yang aku rasa diaorang lebih terer dari aku..aku rasa macam diaorang ketawakan aku je..camna tuh...
TAPI takperlah..aku ikut cakap abah..memang selama ni pun aku ikut je cakap abah, cuma gagap sikit je kot...
Kalau budak2 foreigner ni datang time bos aku ada semua, aku akan cakap, "can you please wait outside, i'll see you later.." semata2 takmo bos aku dengar aku speaking..hahaha..
Lepas bos keluar dari bilik, aku panggil bebudak tu semula..:)
Cuma nak bagitau, aku terer, aku ada idea..cuma gagap sikit je..salah ke? tak salah kannnn...hahaha..
No comments:
Post a Comment