Monday, October 11, 2010

Geram..kalau boleh biarlah ikhlas..

Salam,

Bermula semalam sampailah ke hari esok berlangsung majlis konvokesyen di UTHM..hmm..so tahniah la pada mereka yang berjaya..tambah gembira 2 orang student yang dapat anugerah diraja adalah dari fakulti kejuruteraan mekanikal tempat aku bertugas..untuk pengetahuan aku bukan lecturer ok..aku PA je pada sesiapa yang tak tau la..;)

So, bila ada majlis konvo ni mestilah ada pesta kan..tak tau pesta? pesta konvo? yang jual macam2 benda..ada jual kain la, bunga la, tudung, buku, amik gambar, jual makanan dah tentulah kan..macam2 la ada...so aku nak sentuh sikit la pasal ni..

Petang semalam aku, mrhubby n budak2 pun pergi la ke pesta ni..saja pusing2 nengok2 gelagat orang, nengok apa benda yang dijual..takder beli apa sangat la..
Setakat beli makanan sikit2 buat kunyah2 tu biasalah..aku beli sikit kacang kuda rebus tu kan..sekali kan bila makan keras pulak...eiii..geram tul lah..tu baru kacang je kot..apa la orang ni kan..nak jual tu, jual la betul2..biarlah ikhlas..ni namanya jual memang nak dapat untung je..tak baik la..geram tau..
Sakit hati..lagi sedap kacang rebus yang abah buat..

Tak tau nak cakap camana..cuma pesan aku pada mereka yang berniaga tu, jadiklah seikhlas mungkin..bukan semata2 nak dapat keuntungan je..kalau jual benda yang murah tapi sedap, confirm orang datang lagi..tapi kalau jual benda mahal pastu tak sedap, orang pun tak ingin la nak beli...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...