Sunday, October 24, 2010

Bahasa kita

Salam,
 
Hari ni dalam suratkhabar harian metro ruangan borak pak nil (aznil nawawi), beliau bercerita tentang penggunaan bahasa sms semakin mencabar bangsa kita baik penggunaannya di handphone, facebook mahupun twitter.

Yea, aku tak nafikan dan aku juga salah sorang dari mereka..dah kata short message kan..macam tu jugak dalam blog, kadang2 aku pun letak jugak short words..TAPI teguran dari Pak nil tu sangat membina..secara tak langsung aku rasa aku patut ubah tabiat tu.

Jujurnya, sebab dah terbiasa kadang-kadang boleh membawa padah..lagi2 aku sebagai setiausaha berurusan dengan ahli-ahli akademik yang terpelajar, malah ada antaranya yang bergelar professor…macam tu jugak dengan bos aku..tak molek la kan, kalau nak bagitau bos;


Slm prof, pg nie mesy dbtalkan, td, pej xxx cl, bgtau mesy dtunda pd tkh yg akn dbgtau kelak

Salam prof, pagi ini mesyuarat dibatalkan, tadi pejabat xxx call, beritahu mesyuarat ditunda pada tarikh yang akan diberitahu kelak


Kalau bos tu umurnya macam aku lepas tu duduk mengadap fb, twitter, or blogging sepanjang masa lain cerita..tapi tetap tak boleh la..kita kan ada etika..lagi2 aku bekerja di sektor kerajaan..

Yang pasti aku memang selalu ingatkan diri supaya jaga tatabahasa semasa berurusan dengan kawan2 sekerja baik dalam penggunaan sms mahupun email terutama melibatkan orang atasan.

Mintak maaflah, kalau dalam blog ni aku masih guna shortword, bukan apa..rasa lebih selesa..tapi i’allah akan diubah perlahan-lahan..biarlah lepas ni orang nak kata skema pun, janji aku jaga etika bahasa tu.

Aku percaya melalui internet terutamanya berblogging, kita boleh bantu sebarkan maklumat tentang penggunaan bahasa yang dah semakin caca marba kepada bahasa kita yang sememangnya indah belaka.

Kata bahasa jiwa bangsa…..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...