Wednesday, October 13, 2010

Hebat

BATU PAHAT - Pasangan kembar, Ooi Yuan Suang dan adiknya, Ooi Chyn Suang, masing-masing 24 tahun yang merupakan anak petani menjadi tumpuan pada Majlis Konvokesyen Ke-10 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) apabila kedua-duanya menerima Anugerah Naib Canselor di sini semalam.


Yuan Suang memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.81 manakala adiknya pula 3.76.
Kembar seiras berasal dari Gurun, Kedah ini bukan sahaja mempunyai terlalu banyak persamaan malah mengambil program pengajian yang sama iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik.
Mereka yang menyukai makanan pedas kini bekerja sementara sebagai pembantu jurutera di tempat yang sama iaitu di kilang elektronik Sharp di Sungai Petani, Kedah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...