Wednesday, October 06, 2010

Ada hantu?

SHAH ALAM: Mana ada hantu... Mengarut! Hantu dalam diri sendiri saja yang ada hantu. Ini semua cerita kosong sahaja,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar), di sini, semalam.

Beliau ditanya berhubung dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan makhluk halus berkeliaran di Ladang Gadung, lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain pada 12 September lalu.

Beberapa akhbar sebelum ini melaporkan dakwaan sesetengah pihak termasuk anggota polis yang bertugas di ladang milik suspek utama pembunuhan Sosilawati diganggu suara misteri meminta tolong.

Mereka mendakwa mendengar suara meminta tolong selama tiga hari berturut-turut hampir setiap malam.

Khalid berkata, dakwaan itu hanyalah tambahan untuk menyedapkan cerita dan meminta orang ramai tidak mempercayainya.

Sumber : Harian Metro-6/10/2010
 
"Tuh la...tapi..tak mustahil kan, yelah kematian diaorang tu cara tragis..tapi taknak lah kata hantu kan..kalau ada pun, semua tu mungkin gangguan syaitan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...