Friday, October 22, 2010

Jumaat yang tenang & salam takziah


Salam,

Pertamanya aku nak sedekahkan al fatihah pada kawan seuniversiti yang telah mengadap Ilahi jam 5 pagi tadi..
Arwah merupakan salah seorang technician perempuan yang masih bujang lagi..Kematian disebabkan penyakit yang tidak diketahui puncanya....sedih.
Walaupun tak kenal rapat tapi pernah la bersua muka dan berbual..
Pagi tadi jenazah dibawa ke masjid universiti untuk disembahyangkan..
Kebetulan pulak hari ini hari jumaat, bertuah meninggal di hari mulia, keadaan pulak sangat damai dan menenangkan walaupun masih lagi berjerebu..

Mudah2an arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...