Sunday, October 24, 2010

Sejarah syarat baru lulus SPM

Salam,

First sekali nak tarik nafas lega pasal aku bukan budak sekolah lagi..hehe..Subjek sejarah nak dijadikan syarat baru lulus SPM..erm, kita tengoklah nanti ek..alangkan Bahasa Melayu pun terkial2 nak skor A, lagi pulak sejarah..fuhh..azab la sapa yang nak menghafal..bukan setakat hafal je, nak fahamkan lagi tuh..

BM aku dulu pun setakat dapat C3, time aku la..masa tu ada pakai kredit2 lagi..ingat lagi cikgu sekolah menengah dulu..kitaorang ni siap pergi kelas tambahan BM..nama je melayu tapi kena g kelas tambahan lagi, bukan siang je kelas, malam lagi..cikgu tu cam ugut kitaorang suruh score subject BM..almaklumlah dah sekolah cemerlang, mestilah diaorang nak naikkan rating kan.
Cikgu tu kata cam gini; Korang kena buat BM ni betul2..Sapa yang dapat A1 tu kira cemerlang la, kalau dapat A2 tu kira baik la, kalau dapat C tu celaka..nampak tak?
 

Nak dapat C3 tu pun gigih aku usaha..ingat tak usaha ke..yang tak puas hati budak cina gak dapat A1..kenapa ek? hmm..so nak buat BM pun susah, tu zaman aku, rasanya sama je kot zaman ni..
Ni nak tambah lagi pulak sejarah..sejarah aku dulu dapat C4 je...hehehe..
Tapi tak taulah kan, ni pendapat aku je..mungkin kot ada budak2 sekolah yang tepuk tangan tanda suka subjek sejarah dah jadi syarat lulus SPM..hehehe..ada pro dan kontranya..mungkin nak jadikan kita manusia yang lebih menghargai pada perkara2 silam juga perkara2 yang berlaku pada hari ni..takper..sekarang kan dah ada SKOR A, confirm semua boleh buat..lepas nie masyuk la cikgu sejarah leh buat kelas tuisyen..:)

Rasanya lepas ni patut kita buat cadangan subjek Agama Islam dibuat syarat lulus SPM kan..kesian kat subjek Agama Islam yang macam dipinggirkan..sekadar ada2 je..padahal tu lagi penting..biar student tau soal dosa dan pahala, nak2 lagi time2 tengah belajar nak amik SPM la tu time nak menggatal, nak kawin la, termengandung laa...so kalau penerapan agama islam tu dari peringkat awal menengah diberi penegasan i'allah boleh mengurangkan kadar sosial di kalangan remaja kita...mungkin..siapa tahu?

p/s-agama aku dapat C5 pasal tertinggal jawab soalan yang jumlah markahnya 20...balik peksa, terus takder mood..huhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...