Saturday, October 30, 2010

Aidil Dakwa Rita Rudaini Tak Faham Kaedah Sulh?

 


29 OKT 2010: Selagi tak selesai kemelut rumah tangga pelakon dan model Rita Rudainai dengan suaminya, Mohd Aidil Zafuan yang juga pemain bola sepak Negeri Sembilan, nampaknya selagi itulah Murai Batu akan beritahu pembaca murai.com.my mengenai info-info terbaru mengenai mereka ini.
 
Terbaru, selepas Rita mengeluarkan kenyataan bahawa dia terkejut dan keliru dengan tindakan suaminya yang sudah memfailkan permohonan sulh terhadapnya, Aidil pula telah mengeluarkan kenyataan balas.
Apa yang Murai Batu dengar, si Aidil mendakwa isterinya itu yang sebenarnya keliru dan tidak memahami secara jelas mengenai kaedah sulh (perbincangan) yang dilakukannya di Mahkamah Syariah Seremban beberapa hari yang lalu.
Aidil yang dikatakan belum sempat menghubungi isterinya itu sejak dia memfailkan permohonan tersebut di mahkamah, difahamkan akan berbuat demikian untuk menjelaskan perkara tersebut kepada isterinya.

Namun, apa yang pasti menurut sumber yang Murai Batu dapat, Aidil hanya akan menjelaskan perkara tersebut kepada isterinya selepas dia selesai membuat persiapan untuk menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini(esok).

Macam biasalah, Murai Batu sentiasa mengharapkan yang terbaik terhadap hubungan mereka supaya anak pertamanya serta anak keduanya yang bakal lahir itu nanti mendapat kasih sayang secukupnya daripada kedua ibu bapa mereka.

Sumber : murai.com

Hmmm..masalah jugak kalau macam gini kan..pada pendapat aku lah, masing-masing duduk bersemuka dan luahkan segala-galanya..segala keputusan nak diambil biarlah bersama-sama..jangan buat sorang-sorang..tu pandangan aku saja..pasal aku pun takmau la ada lagi yang bercerai..kesian la kat anak dia ngan yang bakal lahir tu..aku ni kesiankan anak2 saja...biarlah semua doakan yang terbaik buat mereka..AMIN.

2 comments:

  1. janganla bercerai harap2 nyer kan??kan

    ReplyDelete
  2. my mira-yup..harap2 mereka tak bercerai..sedihla..yelah dah bercinta susah payah..takkan senang2 nak cerai..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...